Friday 27 January 2012

Logo MIEXT'12


Inilah logo GOP ke India kami ^^

Nama program: Discovery of Electronic Engineering and Technology Exchange To India 2012
Nama Singkatan: MIEXT'12 (Malaysia-India Exchange Technology 2012)

Tema warna: Ungu

Gambar dan warna di dalam logo: 
Logo UMT
Bendera malaysia (globe)
Peta negara India (Garisan diatas globe)
Warna bendera India (pada perkataan MIEXT)

Semoga program kami berjalan dengan lancar. InsyaAllah

Aktiviti mural

Demi untuk menambah kewangan program GOP ke India ini, kami mengambil tender untuk melukis mural di beberapa Pusat Asuhan Tadika Islam (PASTI). Walaupun tiada pengalaman dan bakat dalam melukis, tetapi dengan kerjasama yang diberikan oleh kesemua ahli kumpulan kami, semuanya berjalan dengan lancar.

Ini mural di PASTI siswa 1. Cubaan pertama kami.

Dihiasi dengan gambar-gambar binatang dari kisah-kisah dalam Al-Quran.
^^

Setelah mencuba bakat di PASTI siswa 1, kami diberi peluang untuk ber'mural' di PASTI siswa 3 pula. Berikut adalah hasil-hasilnya:





Daripada ragu-ragu dan tiada keyakinan untuk melukis, Alhamdulillah kini hasilnya cukup memuaskan hati kami semua. Masih ada 4 buah PASTI menunggu kami untuk menarikan berus-berus lukisan di dinding-dinding banggunan mereka.. tunggguuuu.

Tips melukis mural:
1. Untuk beginner, boleh la menggunakan benang dan tape untuk membuat garisan grid di dinding.
2. Grid juga diperlukan pada gambar rujukan.
3. Pelukis expert, boleh melukis terus pada dinding tanpa ragu-ragu
4. Pastikan bekas cat pelaka ditutup sebaik sahaja digunakan bagi mengelakkan cat-cat membeku.
5. Elakkan pembaziran cat
6. Pastikan hasil kerja anda tidak mencomotkan lantai atau bahagian dinding yang tidak terlibat

Selamat ber'Mural' ^^

Miext '12 Chatter